Friday, July 31, 2009
Wednesday, July 29, 2009
tolong!
sampaikan terpaksa ciplak citer lawak(x la lawak sgt kan? kan?)
dari blog lain...hua.... dari manakan ku dapatkan idea yang cantik, menarik lagi deboomm?
adakah di atas pokok? di tepi paya @ sungai? alahai...idea tolong la datang secepat mungkin...
di saat aku ketandusan idea, aku telah menalipon nomber telepon ini: 0360385581
(ada sesiapa tahu nomber sapa yang tertera?
sila beri maklumat di ruangan comment...)
namun setelah aku menalipon org 'di sana', otak ini masih tiada memberi respon akan idea datang...
apa yang harus aku lakukan sekarang???
Posted by Intan Terpilih at 4:45 PM 7 comments
Monday, July 27, 2009
Kantoi!
jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang
faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak
disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.
Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.
Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut
pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri.
Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil
dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.
Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga
keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu
boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan
dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama
mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu
lalu bertanya kepada isterinya,
” aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”
“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.
“ooooooo…..begitu.” balas si suami.
Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik
tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan
asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat
sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa
amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.
Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi
makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu,
tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan
makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”
Posted by Intan Terpilih at 9:23 PM 6 comments
Tetamu istimewa umi...
Bkn main suka dia nak masak western n Italian food kat anak tut dia yg sorang ni. Umi ni senang sungguh dapat anak angkat agaknya sebab anak dia hanya aku seorang maka teringin nak ramai anak..paling best plak tu dpt masa dah besar2 ni...
Orang yg dimaksudkan ialah seorang yg dia kenal melalui dunia siber ni juga. Asalnya dia tu chatter aku....tapi satu hari tu umi ganti aku chat dgn budak ni. Last2 dia berkawan baik dgn umi plak... sampaikan bila dia chat dgn aku pun dok asyik tanya umi je...(nie yg jeles ni...hehehe)
Hari ni abg tu dah habis exam dia di Politeknik, Kulim dan dia terus balik ke kgnya. Dia bercadang utk berjumpa umi ptg ni on the way home.
Umi masak fried fish n steam veggie dressing buat sendiri yg mcm Thousand Island tu dan spagetti carbonara...best je kami makan bertiga. Anak angkat umi ni namanya Raja Ismail bin Raja Musa, sangat baik dan bersopan santun orgnya, tinggi lampai, pakai cermin mata dan amat meminati nasyid..pernah bila online dgn umi dia nyanyi nasyid utk umi....mmg sedap suara dia.
umi paling suka pic ni sebab minat org yg pakai serban...
ada rupa anak ayah tak?
yang ni pulak mcm peguam mahkamah syariah..hehehe
Masa nak balik umi siap bagi kuih cucur udang dan hadiah berupa sekotak kopi ginkgo, tali leher dan cenderahati yg dibeli masa bercuti ke pulau Lang Tengah dulu tu...
Bukan main suka dia terima hadiah dr umi. Nak dkt pukul 7 ptg dia pun meneruskan perjalanan dia nak balik ke rmh tok dia di Sg Galah, Tg Tualang. Dia bercadang utk dtg lagi raya ni berjumpa dgn umi kesygan dia...
Posted by Intan Terpilih at 7:23 PM 5 comments
makan2...
sabtu tghari ayah amik aku n umi bwk blik kg di tanjung piandang(ye la kat mna lagi kan...)
banyak aktiviti yg di rancang tidak dapat dilaksanakan...
seperti kata pepatah, kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya...
antara aktiviti yang sempat dilakukan di kampung ialah:
- gaduh ngan ecca(anisah umairah) dari p sampai la blik
- buat kek kukus ngan kak long n anis
- makan rambutan atas buaian ngan mk tok n rakyat jelata(anak2 mak de)
- sembang sampai x ingat dunia ngan kak long n anis
- menjahit
sampai lingkup la mesin tok
antara bahan2 yg perlu disediakan
kak long sedang kacau adunan menjadi sebati
tada....kek kukus yg dh siap...
sodap...
Posted by Intan Terpilih at 6:53 PM 3 comments
Saturday, July 25, 2009
new zealand
haha...untuk pengetahuan kali,
bulan lepas aku telah pergi bercuti dengan kekasih hati(siapa eks?) ke new zealand...
beberapa pic telah aku amik...
Posted by Intan Terpilih at 10:47 AM 8 comments
Friday, July 24, 2009
MJ tetap di hati...
menyiarkan artikel mengenai Michael Jackson. aku juga salah seorang di antara jutaan peminat penyanyi terkenal ini...
al-Fatihah buat MJ...
antara pic2 yg ada dalam simpanan BSN ku selama seabad...saksikan la yek...
salah seorang aunty yg mengambil untung ats kematian MJ
mariah nyanyi buat MJ...mariah yg bikin situasi meriah...
Queen Latifah yg menyampaikan ucapan yg panjang berjela...
boleh cakap kuat lagi?
sedeynyer...sob...sob...
cantiknya keranda...silaunya, sakit mata...pinjam speck mata u bleh?
cantik keta...banyak plak tu...bagi satu...lau pemurah bagi la 5-6 bijik pun xpa...
kuda yg dipaksa berjalan...:P
jangan sentuh keranda tu...jenuh nk kilatkan tu u...
ramainya yg hadir...x ajak aku pun...
korang nie lambai kat sapa?
awat pak cik?
sayangnya peminat MJ kat dia...
cantik keranda..
oit budak, tgk apa ha?
padan la kat Parit Buntaq jadi kesesakan...rupanya berpunca dari sini...
cium la bunga tu lama2 sampai sesema...
cantik sarung tangan...bg satu...
Posted by Intan Terpilih at 8:54 PM 3 comments