BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 3, 2009

Kisah kat kampung..

Hello semua...
... dgn cerianya kami balik kg pada tghari Sabtu lalu. Berangkut barang punya la byk..mcm nak balik sebulan..padahal esok ahad nak balik PB balik. Masa kat kg ni yg best dpt berkumpul sedara mara dan sepupu2 aku. Alif pun kebetulan balik juga setelah lbh 2 bln tak balik dr asrama dia.
Acara yg paling seronok ialah makan2. Hari Sabtu tu mak Alif buat laksa...ohhh sedapnya sampai kami tak makan nasi seharian...abg Badrul pun kami panggil utk makan sama. Kebetulan skrg musim buah-buahan. Maka ayah Alif beli durian, pulasan dan rambutan. Jiran sebelah pula dtg hantar buah rambutan, rambai dan buah tampoi (larah). Ni baru 1st time aku tgk buah ni...dan memakannya.

mak nde yg rajin tolong kupaskan utk kemudahan anak2nya makan

Hari ahad plak turn umi memasak. Mcm biasalah bila umi masuk ke dapur pasti masakan dia hebat pada hari tu. Menu hari itu ialah kari ikan Sembilang, ikan apa tah warna merah seekor besar penuh kuali umi masak sweet sour (my favourite tu...), udang besar goreng, sayur campur, telur goreng tempoyak, ikan goreng salut tepung, ulam2an dan sambal kelapa.....ishhh mmg sedap dan berselera betul...ada juga sambal kicap dgn cili api mmg lengkaplah hidangan tu...

sweet sour ni favourite aku...



udang goreng ini pilihan pak nde






antara yg terhidang di meja...

Bila makan beramai2 cam ni mmglah berselera tak sedar habis seperiuk nasi...memang kalau sapa2 yg diet pun hari itu akan makan bertambah...hebatnya umi dan ibu (mak nde) bg makan anak2nya dgn makanan sebegini rupa....jgn salahkan kami yg terdedah dgn obes ni...tak tahan nak menahan selera...sebab mmg sedap2 belaka hingga menjilat jari (kalah KFC)
Pada umi dan mak nde terima kasih sebab masak sedap2 untuk kami semua makan...harap2 aku pun dpt masak mcm umi someday...

Ptg kami sama2 tolong ayah menebang pisang dan membersihkan pokok kat tanah tok...tebang pokok ceri, pokok pisang dan mesin rumput...kerja lepas makan ni...rasa malas pun ada....ye la perut masih kenyang...selesai buat kerja tu kami pun berangkat balik...jam 5 ptg.

Mlmnya giliran aku pulak ank tunjuk bakat terpendam aku memasak...korang nak tau apa yg aku masak utk dinner mlm tadi? Roti jala...sebab umi bawa balik kari ikan sembilang tu so dia cadangkan aku memasak roti jala. Kali ni tanpa bantuan umi aku berjaya siapkan sepinggan roti jala (kalau sebelah tok panggil jala urai...) ada org suka makan dgn kuah durian tapi family mak tok suka dgn kuah kari...selalunya ikan sembilang ataupun ikan keli....ishhh mmg sedap. Kalau yg makan dgn kuah durian roti jalanya warna hijau, tapi untuk yg makan dgn kari warna nya kuning keemasan...rugi plak sbb aku tak ambil pic utk tatapan korang.

Umi puji aku masak sedap...tapi aku rasa biasa je (Cewahhh sbb aku dah expert buat roti jala..kali ni dah masuk 3 kali aku buat)..pada aku yg sedap kari ikan tu. Umi plak kata masin. Dr segi masin ni umi mmg kurang sgt makan masin berbanding aku...kalau bg umi terlajak tu pada aku dah sedang elok la tu..Lepas ni aku nak try masak yg lain pula sebab masak ni memang seronok...terutamanya bila time makan....waalaaaaa!!!!



6 comments:

| Krsty Pinky | said...

wee...byknya lauk..bestnyeeee...
mai wat roti jala lagi..hehehe

suealeen said...

isk best la... keluarga Along ni memang suka wat gathering dan membesarkan perut ni...

~:|:sara:|:~ said...

wakakakaka....
huhu...haha...
aku nak jugak!!!!
huwaaaaaa~

nyway, kami kt cni pn bergethering jgk ngan tok su...hehe

kak Bib said...

Bila balik kg mmg seronok nak masak apapun...maklumlah ramai dan best je tgk sedara mara dan anak buah makan. Mulalah merancang nak masak itu dan ini. Bila kat rmh mula lah beli lauk je...sbb makan berdua je dan x nak membazir...Aku akan masak mcm2 kalau ada yg dtg ke rmh...so mai la rmh kami...

Intan Terpilih said...

to kak waida:
♥hehehe...dh tu je yg 'expert' pun...♥

to cik ella:
♥iya, saya sokong 250%
tu yg ramai tgh 'pregnant' skung nie...huahua♥

to ucu:
♥xpa, pasni tok su mai sini plak....hoho♥

Sa Rathisa. said...

teringat time dtg umah maklong...haha
masa tu baru tunang ng dd, fuhhh maklong masak bkn main byk...plg x lh lupa nasi goreng maklong...sbb maklong letak udang n tomato...sedap!!!