BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 27, 2009

Kantoi!

Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri
jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang
faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak
disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.
Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut
pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri.
Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil
dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga
keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu
boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan
dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama
mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu
lalu bertanya kepada isterinya,

” aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik
tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan
asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat
sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa
amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi
makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu,
tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan
makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”


6 comments:

~:|:sara:|:~ said...

muhahaha....tergolek terguling telentang suma sekali la...

Intan Terpilih said...

hohoho...
malu giler lau kantoi cam tu...

Ummu Husna said...

Lain kali boh la citer yg elok2 sikit una oiii...ni cerita 18x

Memang la citer ni lawak tapi moral of the story tu yg tak bagus...kecurangan terhadap jiran sendiri.

Intan Terpilih said...

hahaha...
sorry...una dh ketandusan idea lorh...ampun...

~:|:sara:|:~ said...

ala...enjoy je la...

sape nk baca baca...
sape tanak baca sila pangkah..
pe susah..hohoho

pilihan di jari anda...hek²

Intan Terpilih said...

iya...btoi...saya setuju 250%